Wednesday, 29 March 2017

HARGA PETROL TURUN ARIL 2017

HARGA PETROL RON 95,97 DAN DIESEL
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan Diesel pada minggu pertama pelaksanaan harga secara mingguan yang bermula tengah malam ini. Harga runcit petrol RON97 adalah ditetapkan pada RM2.41 seliter iaitu turun sebanyak 19 sen, petrol RON95 RM2.13 seliter iaitu turun sebanyak 17 sen seliter. Harga runcit diesel adalah ditetapkan pada RM2.11 seliter turun 9 sen. Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, harga baru itu berkuatkuasa bermula jam 12.01 tengah malam ini dan berakhir 5 April. "Kerajaan percaya kaedah yang baharu diperkenalkan ini akan memberi kesan yang baik kepada pengguna kerana tempoh penggunaan produk yang siap diproses dan kadar tukaran wang asing menjadi semakin pendek iaitu tujuh hari. "Oleh itu kadar turun naik perubahan harga bertindak balas dengan lebih cepat selaras dengan pergerakan harga minyak yang diproses di pasaran global," katanya pada siaran secara langsung pengumuman harga baru menerusi Berita RTM, malam ini. Jamil berkata, bagi minggu berikutnya, pengiraan harga akan menggunakan kaedah purata 'cost producted petroleum' yang siap diproses dengan kadar tukar matawang bagi tempoh seminggu. Sehubungan itu, semua stesen minyak diingatkan mematuhi ketetapan harga baru ini . Tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang menjual petrol dan diesel pada harga selain harga yang ditetapkan oleh kerajaan.



Wednesday, 8 March 2017

PERBERHENTIAN KERJA TERUS BERLAKU UNTUK TAHUN 2017 JOM BACA!

PEMBERHENTIAN KERJA 2017 MENTERI BERI AMARAN
Rakyat Malaysia yang terlibat dalam sektor minyak dan gas perlu mencari pekerjaan baharu kerana tidak banyak mampu dilakukan kerajaan bagi membantu dalam keadaan ekonomi global yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak. – Gambar AFP
Pemberhentian pekerja di Malaysia mungkin berterusan sehingga 2017, kata seorang menteri Kabinet hari ini, sambil menambah, rakyat Malaysia yang bimbang kehilangan pekerjaan mereka kerana iklim ekonomi yang suram perlu mencari kerja dalam bidang lain.
Menjangkakan pemberhentian kerja yang teruk dalam industri minyak dan gas beberapa bulan akan datang, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata rakyat Malaysia dalam sektor itu perlu mencari pekerjaan baharu.
Ini kerana katanya, tidak banyak mampu dilakukan kerajaan bagi membantu mereka dalam keadaan ekonomi global yang terjejas akibat kejatuhan harga minyak.
“(Pemberhentian pekerja) akan melimpah (daripada industri minyak dan gas) kepada industri lain seperti perbankan,” katanya kepada pemberita di Kuching hari ini selepas majlis penyerahan surat kuasa kepada presiden Mahkamah Perusahaan Malaysia.
“Kerajaan tidak boleh memaksa majikan mengambil pekerja jika mereka tidak mempunyai wang untuk membayar gaji.
“Suka atau tidak, mereka perlu diberhentikan. Cuba cari pekerjaan di tempat lain,” katanya ketika ditanya mengenai rancangan luar jangka kerajaan menangani kemungkinan berlakunya pemberhentian pekerja dalam sektor minyak dan gas.
Beliau berkata kementerian menjangkakan pemberhentian pekerja berterusan sehingga 2017.
The Malaysian Insider baru-baru ini melaporkan kira-kira 20,000 orang kehilangan pekerjaan mereka pada tahun lepas, dan ramai lagi dijangka diberhentikan tahun ini, menurut Persekutuan Majikan Malaysia.
Komen Riot susulan laporan syarikat minyak negara Petronas sedang menimbang pemberhentian pekerja sebahagian daripada 51,000 kakitangannya sebagai salah satu pilihan kerana berhadapan dengan harga minyak yang rendah.
Firma itu terpukul oleh kejatuhan harga minyak, yang jatuh ke tahap paling rendah sejak 2003 pada hari Isnin.
Harga jatuh lebih 70% dalam tempoh 18 bulan lalu kerana pengeksport di seluruh dunia mengeluarkan lebih satu juta tong minyak mentah setiap hari, melebihi permintaan.
The Edge Weekly sebelum ini melaporkan Shell Malaysia akan mengurangkan 1,300 pekerja dalam tempoh 2 tahun akan datang, sambil menambah ia sudah dijangka kerana kejatuhan harga minyak.
Riot hari ini merujuk kepada nasihat supaya melakukan dua pekerjaan bagi menampung hidup, sebagaimana saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan sebelum ini, yang dikritik banyak pihak.
“Ada orang kata, dengan kos hidup begitu tinggi, carilah pekerjaan kedua.
“Mencari pekerjaan pertama pun susah, apatah lagi untuk mencari pekerjaan ke-2,” kata Riot, tetapi tidak menyebut nama Ahmad.
Cadangan Ahmad, yang mempunyai hastag Twitternya sendiri #2kerja, sudah menjadi realiti bagi ramai rakyat Malaysia kelas pekerja yang mengatakan, kerja ke-2 adalah satu keperluan untuk menyara keluarga mereka.

                              IKLAN
   
wfg2u.com
~~Nak duit setiap bulan? Tak perlu taja orang...tak perlu jual barang....dapat lagi produk kesihatan secara percuma... Dapat duit setiap bulan sehingga 12 bulan mengikut pakej yg dia join.Nak? Kalo nak whatsapp 0137125827. ..yang nak duit.. nak dapat saving setiap bulan dialu alukan join. 
#wfg2usham
#tehreramawfgsham...

Thursday, 2 March 2017

KEBAIKKAN BUAH KIWI UNTUK IBU YANG SEDANG HAMIL JOM BACA!


                 Kebaikan Buah KIWI untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak                  
                                                                 


Hai mommy2 semua di sini saya nak share sikit tentang kebaikan buah kiwi. Terdapat 2 jenis buah kiwi yang biasa kita jumpa iaitu hijau dan kuning emas. Buah kiwi ni sangat tinggi nutrisinya...bagi ibu-ibu yang mual-mual rasa masam-masam manisnya bole melegakan di samping membekalkan kan nutrien nutrien yang lengkap kepada ibu-ibu dan bayi dalam kandungan. antara kebaikan buah kiwi ialah: mempertingkatkan sistem imuniti- bagi ibu-ibu hamil pastinya mengambil banyak vitamin c untuk keperluan diri dan bayi. Tahukan ibu-ibu bahawa buah kiwi mempunyai vitamin c lebih tinggi daripada buah oren. sebiji buah kiwi seperti 3 biji buah oren. jadi cuba bayangkan betapa banyaknya vitamin c dalam buah kiwi. ketika hamil amat penting bagi ibu-ibu mengekalkan sistem imuniti dalam badan dan dengan adanya vitamin c yang cukup di dalam badan akan melawan bakteria. kajian juga mendapati jika buah kiwi dimakan bersama dengan zat besi akan membantu penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain. mengandungi asid folik yang tinggi- seperti yang ibu-ibu sedia maklum pada awal kandungan atau sesiapa yang merancang mengandung biasanya digalakan mengambil asid folik. ini bertujuan untuk mengelakan kecacatan saraf bayi sewaktu kelahiranya. antara kecacatan saraf yang paling kerap berlaku adalah spina bifida iaitu penutupan saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap. biasanya ia berlaku pada 28 hari pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar tentang kehamilan. Buah kiwi mempunyai kandungan asid folik yang tinggi. ianya juga adalah makan ideal bagi ibu-ibu mengandung. Mengurangkan sembelit- sewaktu mengandung ibu-ibu pasti mengalami sembelit. ini adalah kerana perubahan hormon. pengambilan makanan yang tinggi serat adalah penting untuk mengelakan sembelit. sebiji buah kiwi bersamaan seperti semangkuk bijirin.serat juga bagus mengumpul dan membuang toksin daripada kolon serta dapat mengelakan kanser usus. tidur nyenyak- biasanya pada awal kehamilan iaitu pada trimester yang pertama ibu-ibu pastinya mengalami masalah tidur. apa yang paling merisaukan hal ini akan berlarutan hingga diakhir kehamilan. kajian menunjukan bahawa pengambilan sebiji buah kiwi sebelum tido iaitu sejam sebelum tidur akan meningkatkan kualiti tidur ibu-ibu hamil. kandungan kalsium yang tinggi dalam buah kiwi akan menenangkandan menstabilkan perasaan seseorang ibu itu. ini adalah cara yang terbaik untuk ibu-ibu tidur dengan lena dan menghilangkan kerisauan tentang kesihatan ibu dan bayi. merendahkan tekanan darah- ketika hamil ada ibu-ibu yang pastinya mengalami peningkatan tekanan darah. jika tahap tekanan darah naik secara mendadak dan tidak dirawat ianya akan membahayakan diri ibu tersebut dan bayi. ini akan mendatangkan masalah diabetes. buah kiwi mengandungi potassium yang sngt tinggi berbanding pisang. potassium melawan efek garam (sodiun) bagi mengurangkan tekanan darah tinggi. jadi dengan sedikit fakta yang saya ingin kongsikan bersama ibu-ibu hamil ataupun ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, saya harap dapat dimanfaatkan. mungkin ada ibu-ibu yang tidak dapat memakan pil2 yang banyak, jadi bole digantikan dengan pengambilan buah kiwi. buah kiwi ini mengandungi banyakkk nutrien. sebiji buah kiwi mengandungi 60 kalori. memakan 2 biji buah kiwi yang bersaiz sederhana membekalkan ibu-ibu pelbagai nutrien yang dierlikan dalam gizi makanan. saya sendiri telah mengamalkan pemakan buah kiwi sebiji sehari kerana ini memberikan susu badan yang terbaik untuk anak. memang harganya mahal, tapi apalah nak dikira jika dibandingkan dengan khasiat yang terkandung dalam buah kiwi itu. so itu saja yang saya ingin kongsikan buat masa ini.
                                         
                                              IKLAN
                      wfg2u.com
~~Nak duit setiap bulan? Tak perlu taja orang...tak perlu jual barang....dapat lagi produk kesihatan secara percuma... Dapat duit setiap bulan sehingga 12 bulan mengikut pakej yg dia join.Nak? Kalo nak whatsapp 0137125827. ..yang nak duit.. nak dapat saving setiap bulan dialu alukan join. 
#wfg2usham
#tehreramawfgsham...
                                                      


TIADA KENAIKKAN PETROL UNTUK MAC 2017 TAPI HARGA GULA NAIK 11SEN

                                     HARGA GULA NAIK
                                 
Kerajaan hari ini mengesahkan harga gula meningkat berkuat kuasa sejak semalam.
Kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, harga baru gula pasir putih bertapis kasar kini ialah RM2.95 sekilogram.
Penetapan itu, kata kementerian terbabit, dibuat mengikut Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (Nombor 2) 2017.
"Kementerian dengan ini menetapkan harga baru bagi gula pasir putih bertapis kasar pada harga RM2.95 sekilogram," kata kenyataan media itu.
Kenaikan harga itu adalah yang pertama sejak kali terakhir dibuat pada 25 Oktober 2013.
Ketika itu harga gula meningkat sebanyak 34 sen menjadi RM2.84 sekilogram.
Bagaimanapun pengguna tetap membayar gula itu pada harga RM2.85 sekilogram kerana jumlah sebenar dibundarkan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan seterusnya memberitahu kenaikan terbaru disebabkan peningkatan ketara pada harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.
"Bagaimanapun kerajaan masih mengawal harga tersebut pada paras paling minimum jika dibandingkan dengan negara-negara lain," kata kenyataan itu
                                              
IKLAN
wfg2u.com
~~Nak duit setiap bulan? Tak perlu taja orang...tak perlu jual barang....dapat lagi produk kesihatan secara percuma... Dapat duit setiap bulan sehingga 12 bulan mengikut pakej yg dia join.Nak? Kalo nak whatsapp 0137125827. ..yang nak duit.. nak dapat saving setiap bulan dialu alukan join. 
#wfg2usham
#tehreramawfgsham...